Sabtu, 9 Mei 2009

emmmmm......CiteR baru Hari nie...


siapa gadis dalam gambar? itu bukan aku.. itulah Rohani, kakak sepupu aku berusia 29 tahun. aku memanggil dia dengan gelaran angah, angah satu-satunya sepupu yang paling rapat dengan aku kala ini... angah seorang yang sangat lucu, penuh dengan idea gila2.. tapi tegas dalam keputusan..

esok... 10 mei 2009... esok jugalah akan berlangsungnya majlis pertunangan angah dengan pilihan hatinya.. tak sangka betul, akhirnya angah menemui juga dengan jodohnya.. lepas bertahun-tahun menanti jodoh yang asyik tak kesampaian, rupa-rupanya jodoh yang sebenar ader depan mata je..! emmm.. itulah yang dinamakan jodoh kan?

kalau kisah cinta angah dibukukan, aku ingat 1000 muka surat pun kisah dia tak tamat-tamat lagi.. lebih-lebih lagi first love dia yang sangat-sangat kejam tue.. masih terbayang lagi wajah angah yang menangis teresak-esak selepas melihat lelaki yang dia tunggu-tunggu selama ini sedang berbahagia bersama isteri dengan anak seorang.. bayangkan lah hati mana yang tak hancur? sedang kan mereka bercinta dari zaman sekolah menengah lagi..

tak apalah.. insan pernah berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.. jadi hikmah yang angah dapat sekarang, sangat-sangatlah bertuah.. dah lah jauh lebih baik, lebih menyintai angah, lebih handsome lak tue.. hehehe.. tak pe angah... orang bodoh ajer yang menghancurkan cinta angah, dah lah ayu, setia, bijak dan bertanggungjawab pulak tue.. bertuahlah Seri Bin Tuah... emm walau nama dia unik, tetapi dia sangat-sangat istimewa.. semoga kebahagiaan korang kekal abadi selama-lamanya... amin...

Tiada ulasan: