Rabu, 13 Mei 2009

baby.....

banyaknya hadiah............

Isnin, 11 Mei 2009

Sandle BaRu...

habis je majlis pertunangan, syuk ngan fairuz ajak aku pergi jalan-jalan.. emm itu lah yang paling pantang sekali hidup aku... demam ker.. sakit perut ker.. bz ker.. kalau sebut ajer bab berjalan, aku tak pedulik.. aku nak ikut jugak..!!

malangnya.. bukan sekali lagi, tapi dah berpuluh-puluh kali.. tali kasut aku putus lagi.. kalau putus kat rumah, ader kasut spare.. tp kalau dah putus kat atas jalan-jalan?... yang seksanya saiz kaki aku paling susah sangat nak cari di pasaran.. bermacam kasut aku cuba, sampai naik tension syuk sebab tak dapat saiz yang sesuai untuk aku.. akhirnya terpaksa lah capai sandle ala-ala sandle lelaki.. dan yang paling-paling best.. tengok la jenama kasut tue... emmmmm.. rasanya toksah lah aku citer panjang lagi ye.. sendiri faham la maksud tersirat lagi tersurat kisah aku kali ini.. hehehe.. oke.. aku nak pi solat zohor jap.. nanti sambung lagi kisah-kisah yang aku nak kongsi dan luahkan disini.. happy n ceria selalu...!!

SeLaMaT SuDaH....

Akhinya majlis pertunangan angah selamat dilangsungkan... sebagai orang kuat angah, aku la antara yang tersibuk dari awal pagi lagi.. hantar angah pegi make up, ambil kek dan buat lah apa-apa yang patut.. Tahniah buat angah dan seri.. tinggal genap 2 bulan je lagi, majlis pernikahan pula yang akan dilangsungkan.. emm.. semoga bahagia kekal dunia dan akhirat...

Sabtu, 9 Mei 2009

emmmmm......CiteR baru Hari nie...


siapa gadis dalam gambar? itu bukan aku.. itulah Rohani, kakak sepupu aku berusia 29 tahun. aku memanggil dia dengan gelaran angah, angah satu-satunya sepupu yang paling rapat dengan aku kala ini... angah seorang yang sangat lucu, penuh dengan idea gila2.. tapi tegas dalam keputusan..

esok... 10 mei 2009... esok jugalah akan berlangsungnya majlis pertunangan angah dengan pilihan hatinya.. tak sangka betul, akhirnya angah menemui juga dengan jodohnya.. lepas bertahun-tahun menanti jodoh yang asyik tak kesampaian, rupa-rupanya jodoh yang sebenar ader depan mata je..! emmm.. itulah yang dinamakan jodoh kan?

kalau kisah cinta angah dibukukan, aku ingat 1000 muka surat pun kisah dia tak tamat-tamat lagi.. lebih-lebih lagi first love dia yang sangat-sangat kejam tue.. masih terbayang lagi wajah angah yang menangis teresak-esak selepas melihat lelaki yang dia tunggu-tunggu selama ini sedang berbahagia bersama isteri dengan anak seorang.. bayangkan lah hati mana yang tak hancur? sedang kan mereka bercinta dari zaman sekolah menengah lagi..

tak apalah.. insan pernah berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.. jadi hikmah yang angah dapat sekarang, sangat-sangatlah bertuah.. dah lah jauh lebih baik, lebih menyintai angah, lebih handsome lak tue.. hehehe.. tak pe angah... orang bodoh ajer yang menghancurkan cinta angah, dah lah ayu, setia, bijak dan bertanggungjawab pulak tue.. bertuahlah Seri Bin Tuah... emm walau nama dia unik, tetapi dia sangat-sangat istimewa.. semoga kebahagiaan korang kekal abadi selama-lamanya... amin...

Khamis, 7 Mei 2009

Baby Baru Datang Lagi....

akhirnya kakak ipar kedua aku selamat lahirkan anak yang ke empatnya, merangkap anak buah aku yang ke........... ke berapa ek..? anak abang long ada 5, anak kak ngah 3, kak wan 7, kak sue 4, aneh dah ada 3 dan athe lak 4... so yang nie... yang ke 27....???? wah..... ramainya cucu mak aku... emmm.. rasa-rasanya bila pula aku nak timang baby sendiri nie..?? huhuhuhu...

Guess????
















Pertama kali dalam hidup, aku membazirkan hampir 400 ringgit hanya kerana sebuah speck.. gila memang gila.. tapi teman baik ku kata.. itu lebih bagus daripada aku membazirkan duit beli speck murah yang berlambak dijual di kedai aksesori..



Sebab-sebabnya....
  • kesihatan mata yang lebih terjamin..
  • aku lebih menjaga barang yang berharga berbanding yang biasa..
  • kalau barang yang murah hilang, esok aku bole beli lagi, kalau setahun 10 kali hilang..??
  • kalau barang yang mahal hilang, confirm lah aku tak bole duduk diam..!!
emmm... so nasihat kawan baik merangkap kakak ipar aku tue, terpaksa aku fikirkan... anggap ajelah hadiah buat diri ku sendiri...

Rabu, 6 Mei 2009

SaHaBaT.....


Kawan..... bantulah aku...
aku adalah insan yang bermasalah...
aku manusia yang naif lagi daif...

Kawan..... tolonglah aku...
aku dah berputus asa... aku ingin mengalah...
aku rasa tewas dan ingin berundur dari dunia yang penuh cabaran ini...

Kawan..... temanilah aku...
aku kesunyian dalam dunia ku yang sepi...
aku keseorangan dalam hidup ku yang kekurangan...

Kawan..... Nasihatilah diri ini...
berikan lah kesempatan padaku... berikan kata-kata buat diri ini...
agar ku tabah menghadapi hidup yang penuh onak dan duri...

Kawan... terima kasih...
terima kasih kerana sudi membaca luahanku...
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ku...
terima kasih untuk segalanya...

Ahad, 3 Mei 2009

LeGa aKhiRnya.......


Alhamdullillah... akhirnya tamat sudah majlis perkahwinan adik aku.. tahap kepenatan...?? hanya tuhan aje la yang tahu... rasa macam nak tidur 7 hari 7 malam... emm.. apa yang penting hati aku sangat-sangat lega.. segala pertanyaan yang kurang enak dipendengaran, aku cuma balas dengan senyuman..

Apa yang menariknya, majlis perkahwinan diadakan dirumah perempuan, tetapi kami dari pihak lelaki sama-sama sibuk macam majlis dirumah sendiri.. kami yang basuh pinggan, kami yang menghias meja makan beradap.. dan kami jugalah yang memenuhi kerusi dimeja makan beradap.. hehe.. pendek kata ringan sama dijinjit, berat sama dipikul.. tak ada istilah pihak lelaki atau pihak perempuan..

buat adik tersayang.. semoga kekal bahagia dunia dan akhirat... amin...

truth....

aku tak nak komen apa-apa.. cume bagi aku.. lagu video nie sangat menyedihkan.. korang nilaikan sendirilah ye..? selamat menonton...

Rabu, 29 April 2009

BeRdeBaRnya.......


Malam tadi majlis berinai dekat rumah bakal adik ipar aku... sebagai orang kuat di majlis perkahwinan tue nanti, bukan setakat sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki aku pun jadi merah mengalahkan pengantin... sampai tiga orang bertungkus lumus nak memakaikan inai untuk aku..


emm... tinggal 2 hari je lagi.. lusa akan berlangsunglah majlis akad nikah adik aku.. perasaan aku...??? aku rasa adik aku sendiri tak berdebar macam aku... macam aku pulak yang nak melangsung kan majlis... haiiiiiiiii.............. ya ALLAH... tabahkan lah hati hambamu ini... amin....

Sabtu, 25 April 2009

my boss my hero



nie cite jepun yang paling aku suke... kisah seorang ketua kongsi gelap yang berusia 27 tahun.. dia dipaksa masuk sekolah dan menyamar jadi budak 17 tahun.. ini adalah kerana, walaupun dia sangat berkuasa dan pandai berlawan, tetapi satu-satunya kelemahan dia adalah tahap IQ nya yang sangat sangat rendah... jadi bayangkan lah apabila seorang yakuza yang dasyhat bersama-sama dengan budak-budak sekolah yang tak tahu langsung identitinya seorang mafia.. kelakar dan sangat best... sakaki makio.....