Rabu, 29 April 2009

BeRdeBaRnya.......


Malam tadi majlis berinai dekat rumah bakal adik ipar aku... sebagai orang kuat di majlis perkahwinan tue nanti, bukan setakat sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki aku pun jadi merah mengalahkan pengantin... sampai tiga orang bertungkus lumus nak memakaikan inai untuk aku..


emm... tinggal 2 hari je lagi.. lusa akan berlangsunglah majlis akad nikah adik aku.. perasaan aku...??? aku rasa adik aku sendiri tak berdebar macam aku... macam aku pulak yang nak melangsung kan majlis... haiiiiiiiii.............. ya ALLAH... tabahkan lah hati hambamu ini... amin....

Sabtu, 25 April 2009

my boss my hero



nie cite jepun yang paling aku suke... kisah seorang ketua kongsi gelap yang berusia 27 tahun.. dia dipaksa masuk sekolah dan menyamar jadi budak 17 tahun.. ini adalah kerana, walaupun dia sangat berkuasa dan pandai berlawan, tetapi satu-satunya kelemahan dia adalah tahap IQ nya yang sangat sangat rendah... jadi bayangkan lah apabila seorang yakuza yang dasyhat bersama-sama dengan budak-budak sekolah yang tak tahu langsung identitinya seorang mafia.. kelakar dan sangat best... sakaki makio.....